CTU151 BAB 5 PDF

Dalam penelitian ini zeolit alam aktivasi dan tanpa aktivasi digunakan sebagai penyerap asam. Worldwide Selling World Largest Zeolite. Comparisons were used activated carbon as adsorbent and hidrocloric acid as adsorbate. Latest Additions View items added to the repository in the past week. Sebagai pembanding adsorben digunakan karbon aktif dan pembanding adsorbat adalah asam klorida. Kinetics of fine wet grinding of zeolite in a steel ball mill Which is the best equipment for zeolite powder Zeolite Grinding Mill zeolite ball milling Coal.

Author:JoJogor Zutaur
Country:Yemen
Language:English (Spanish)
Genre:Automotive
Published (Last):20 December 2013
Pages:349
PDF File Size:20.11 Mb
ePub File Size:14.90 Mb
ISBN:312-2-60000-114-1
Downloads:33053
Price:Free* [*Free Regsitration Required]
Uploader:Zulkizahn



Kesultanan-kesultanan Melayu telah bekerjasama dengan kuasa-kuasa dari kawasan negara-negera Arab, India, dan China untuk menjalankan perdagangan di antara mereka. Kerjasama yang dilakukan di antara kuasa-kuasa ini telah berjalan untuk membolehkan perdagangan yang banyak sekali berjalan sehinggalah ianya dimusnahkan oleh kuasa-kuasa Eropah. Kuasa-kuasa Eropah seperti Portugis, Belanda, Sepanyol, dan Perancis telah cuba untuk menguasai perdagangan yang bermula dari kawasan kepulauan Melayu dan pada waktu yang sama juga menguasai perdagangan yang melalui kawasan jajahan mereka.

Selain daripada menguasai perdagangan, kuasa-kuasa Barat ini, terutamanya Portugis, Sepanyol, dan Belanda, telah cuba untuk menyebarkan agama Kristian di kalangan orang-orang Melayu yang pada waktu itu kebanyakannya beragama Islam. Pihak Inggeris telah masuk ke kawasan kepulauan Melayu pada mulanya untuk berdagang dengan orang-orang tempatan. Lama-kelamaan, pihak Inggeris juga telah turut campur tangan dalam politik tempatan untuk memastikan pulangan ekonomi mereka hasil daripada penguasaan perdagangan dapat dijaminkan.

Oleh yang demikian, pihak Inggeris telah lebih banyak menggunakan cara-cara diplomasi untuk melibatkan diri dengan pentadbiran tempatan.

Setelah berjaya menguasai sesebuah kawasan atau wilayah, pihak Inggeris telah cuba menggunakan konsep naungan pada pemikiran mereka untuk mentadbir wilayah-wilayah mereka, dengan memberi sebab bahawa wilayah-wilayah tersebut mendapat banyak keuntungan daripada naungan yang diberikan oleh pihak Inggeris.

Pada waktu yang sama, 14 mereka juga telah membuat perjanjian-perjanjian tertentu untuk mendapatkan hak terhadap kawasan-kawasan tertentu, supaya kawasan-kawasan tersebut boleh dibangunkan mengikut keperluan kerajaan penjajahan Inggeris. Apabila pihak Inggeris membuat perjanjian dengan kerajaan-kerajaan Melayu Islam, secara langsung mereka mengakui bahawa kerajaan-kerajaan tersebut mempunyai kuasa dan hak terhadap kawasan-kawasan tanah naungan mereka. Pada waktu yang sama, perjanjian-perjanjian tersebut merupakan perbuatan bertamadun mengikut tata cara yang sempurna di antara kerajaan Inggeris dengan kerajaan-kerajaan Melayu Islam, perbuatan yang dilakukan antara dua pihak yang bertamadun.

Oleh yang demikian, pihak Inggeris mengiktirafkan tamadun Melayu dengan kelakuan mereka menandatangani perjanjian-perjanjian dengan kerajaan-kerajaan Melayu Islam. Di bawah ini, disenaraikan bagaimana tiga kawasan akhirnya jatuh ke tangan kerajaan Inggeris: i Sarawak. Pada waktu yang sama, James Brooke diberi gelaran Raja Sarawak. Raja-Raja Brooke yang datangnya dari keturunan James Brooke telah memerintah Sarawak sehinggalah ianya diserahkan kepada kerajaan Inggeris. Pada mulanya, kerajaan Brunei telah memberikan hak-hak pajakan selama 10 tahun ke atas kawasan-kawasan naungannya di Sabah waktu itu digelar North Borneo kepada Claude Lee Moses pada tahun Baron von Overbeck pula telah mengambil-alih kepentingan Torrey dan membuat perjanjian dengan Sultan Sulu pada untuk menggabungkan semua kawasan- kawasan yang pada hari ini dikenali dengan nama negeri Sabah.

Akhir sekali, Alfred Dent telah membeli kesemua kepentingan-kepentingan Overbeck dan juga Torrey pada Akhirnya North Borneo diserahkan kepada kerajaan Inggeris. Ianya juga menunjukkan bahawa kerajaan-kerajaan Melayu mempunyai tahap ketamadunan civility yang membenarkan pihak Inggeris membuat perjanjian dengan mereka.

Sistem pentadbiran sekular yang diperkenalkan selepas perjanjian ini menjadi asas kepada sistem pentadbiran sekular yang masih lagi digunakan pada hari ini. Sungguhpun demikian, peranan Raja-Raja Melayu dalam pentadbiran sekular, seperti yang dinyatakan dalam Perjanjian Pangkor, bermakna bahawa sebahagian daripada tradisi tamadun Melayu masih dikekalkan dalam sistem pentadbiran pada hari ini. Perjanjian ini ditandatangani pada 20 Januari Perjanjian Pangkor mengubah struktur pentadbiran kerajaan Melayu Perak.

Sebelum perjanjian ini, kerajaan Perak dianggap sebagai sebuah kerajaan yang mengamalkan sistem pemerintahan kuasa raja mutlak absolute monarchy.

Dalam kerangka perjalanan sistem ini, Sultan atau Raja mempunyai kuasa sepenuhnya untuk melakukan apa-apa saja tanpa perlu mendapat persetujuan daripada sesiapa pun. Perjanjian Pangkor mengubah sistem pentadbiran negeri Perak dengan mengurangkan kuasa Sultan sehinggakan Sultan hanya mempunyai kuasa terhadap 17 perkara-perkara tentang agama Islam dan adai istiadat kebudayaan Melayu Andaya dan Andaya ; INTAN ; Jessy ; Tan Semua perkara-perkara yang lain digolongkan bawah kuasa Residen.

Sultan, sebagai seorang ketua adat-istiadat, hanya mendengar nasihat Residen dan terpaksa mengikut nasihat-nasihat beliau dalam perkara- perkara yang berlainan dengan hal-hal agama Islam dan adat istiadat kebudayaan Melayu. Mengikut perjanjian tersebut, Residen mesti dirujuk dalam semua perkara dan semua nasihat beliau dilaksanakan kecuali perkara- perkara tentang agama Islam dan kebudayaan Melayu.

Kuasa untuk memungut cukai dan kuasa pengagihan cukai serta pentadbiran am negeri dilaksanakan di atas nasihat Residen. Seperti yang telah dinyatakan terlebih dahulu, nasihat Residen perlu dilaksanakan dalam perkara-perkara yang di bawah bidang kuasa beliau. Sistem pentadbiran kerajaan menggunakan residen ini adalah pembaharuan yang dibawa oleh orang Inggeris kepada sistem kerajaan Melayu Islam. Sistem ini berkait rapat dengan sistem pentadbiran yang terdapat di United Kingdom pada waktu itu dan berasal dari pengalaman orang-orang Inggeris dengan sistem pemerintahan di Raja yang terdapat dinegara mereka.

Sistem ini masih kekal di negeri-negeri Melayu dalam Persekutuan Malaysia pada hari ini, cuma jawatan Residen itu diubah nama menjadi Menteri Besar. Mereka mendapati bahawa kepentingan-kepentingan ekonomi mereka berkait rapat dengan kestabilan politik di kerajaan-kerajaan Melayu Islam di Malaysia pada waktu itu.

Mereka mula campur tangan dengan pentadbiran kerajaan-kerajaan Melayu apabila mereka membuat perjanjian-perjanjian dengan kerajaan-kerajaan tersebut dan mewujudkan sistem Residen Inggeris untuk memudahkan pentadbiran. Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dilaksanakan di bawah sistem pentadbiran persekutuan yang diketuai oleh seorang Residen-Jeneral.

Penyatuan ini tidak mengubah kuasa-kuasa ataupun kedudukan Raja-Raja Melayu. Hanya kuasa-kuasa Residen-Residen British di peringkat negeri dikurangkan; mereka terpaksa mengikut arahan Residen- Jeneral. Residen-Jeneral menguasai sepenuhnya pengurusan kewangan setiap negeri. Kemunculan sistem pentadbiran persekutuan untuk Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ini adalah satu lagi pengubahsuaian yang dilakukan oleh pihak Inggeris yang sangat penting dalam pembentukan sistem kerajaan Malaysia yang terdapat pada hari ini.

Ini adalah kerana jawatan Residen-Jeneral yang diwujudkan pada waktu itu boleh dikatakan menjadi templet atau asal-usul jawatan Perdana Menteri yang ada pada hari ini. Persidangan Raja-Raja Melayu ini menjadi asas kepada pembentukan Majlis Raja-Raja Melayu yang terdapat pada hari ini, satu institusi yang memainkan peranan penting di Malaysia. Ianya adalah salah satu simbol yang menunjukkan kesinambungan dari kerajaan Melayu awal hinggalah ke kerajaan Malaysia pada hari ini.

Lima kerajaan-kerajaan Melayu yang digolongkan dalam kumpulan ini adalah Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, dan Johor. Terdapat beberapa sebab mengapa kerajaan-kerajaan ini tidak bergabung dengan Negeri-Negeri Melayu bersekutu. Salah satu sebabnya adalah kerana negeri-negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu pada mulanya di bawah naungan kerajaan Siam.

Negeri-negeri ini hanya diserahkan kepada pihak British pada tahun apabila Perjanjian Bangkok ditandatangani diantara pihak British dengan pihak Siam. Pemerintahan Jepun tidak mengganggu atau mengubah sistem-sistem kerajaan Melayu. Secara tidak langsung, pemerintahan Jepun mengiktirafkan kedaulatan kerajaan-kerajaan Melayu.

Polisi pemerintahan Jepun yang cuba mendapatkan sokongan daripada masyarakat tempatan 20 iaitu orang Melayu untuk menentang pihak British memberi kesedaran kepada masyarakat Melayu tentang kemampuan mereka sendiri dan kelemahan pihak British.

Kemampuan pihak Jepun untuk mengalahkan pihak British dalam masa yang begitu singkat sekali menunjukkan kepada masyarakat Melayu bahawa pihak British boleh ditewaskan. Masyarakat Melayu mula melihat pihak British sebagai lawan yang boleh dikalahkan dan bukannya sebagai tuan yang perlu diikuti perintahnya. Gerakan nasionalisme Melayu ini mungkin mendapat semangat baru untuk menentang pihak British apabila mereka melihat bagaimana tentera Inggeris mampu dikalahkan tentera Jepun. Mereka juga mendapati bahawa kerajaan penjajahan Jepun juga kurang memberi perhatian kepada keperluan-keperluan masyarakat Melayu.

Oleh sebab yang demikian, semangat kebangsaan mula timbul di kalangan masyarakat Melayu untuk membentuk sebuah negara bangsa nation state yang tersendiri. Penubuhan Malayan Union adalah satu idea yang datangnya dari pihak kerajaan penjajahan Inggeris yang cuba untuk menggabungkan semua negeri-negeri Melayu dan dua negeri-negeri Selat di Semenanjung Tanah Melayu sebagai satu unit pentadbiran. Sesetengah ahli-ahli sejarah berpendapat bahawa penubuhan Malayan Union ini mencetuskan semangat kebangsaan atau nasionalisme yang membawa kepada kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos Penentangan yang hebat terhadap penubuhan Malayan Union oleh masyarakat Melayu berkait rapat dengan kemarahan mereka terhadap pihak British yang cuba melupakan sejarah kemunculan pihak British memerintah negeri-negeri Melayu melalui perjanjian-perjanjian.

Pihak British juga cuba membuat satu entiti politik baru yang tidak mengambil kira kepentingan kuasa-kuasa tempatan yakni kesultanan Melayu yang telah memegang kuasa dengan sah sebelum kedatangan dan campur tangan pihak British.

Sememangnya pihak British telah menggunakan kuasa politik dan diplomasi untuk mengambil-alih kuasa di negeri-negeri Melayu. Sungguhpun sedemikian, perubahan- perubahan yang telah dibuat oleh pihak British sebelum Malayan Union sentiasa 22 menggabungkan sistem-sistem yang dibentuk oleh tamadun Melayu dengan sistem- sistem pihak British.

Tindakan pihak British untuk memansuhkan kuasa raja-raja Melayu di bawah Malayan Union akhirnya gagal dan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu selepasnya mengekalkan penggabungan sistem-sistem tamadun Melayu dan pihak British yang sedia ada. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu mengekalkan sebahagian daripada ciri-ciri tamadun Melayu dan menjadi asas kepada kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan pembentukan Persekutuan Malaysia.

Pembentukannya penting oleh kerana ciri-ciri kerajaan persekutuan yang dibentuk semasa Persekutuan Tanah Melayu juga menjadi asas kepada ciri-ciri kerajaan persekutuan Persekutuan Tanah Melayu yang mencapai kemerdekaan dan juga kerajaan persekutuan Persekutuan Malaysia selepas itu. Ideologi komunisma ini berkait rapat dengan kejayaan parti komunis di negara China.

Ideologi ini dianggap sebagai ideologi alternatif kepada ideologi demokrasi barat dan mendapat sokongan daripada segolongan masyarakat Cina di sini. PKM menentang pemerintahan kerajaan Inggeris 23 dan kerajaan Malaysia selepas itu dalam usaha mereka untuk menjatuhkan kerajaan yang sedia ada dan menggantikannya dengan pemerintahan komunis.

Banyak nyawa terkorban akibat usaha-usaha penentangan PKM, kemudahan infrastruktur negara juga turut dimusnahkan. PKM hanya menyerah diri kepada kerajaan Malaysia pada tahun Kegagalan PKM berkait rapat dengan penentangannya kepada ideologi kebangsaan yang terdapat pada hari ini.

Ideologi komunisma mempunyai nilai-nilai yang bercanggah dengan nilai-nilai tamadun Melayu dan juga nilai-nilai tamadun-tamadun yang lain di Malaysia seperti tamadun Cina dan tamadun India. Nilai komunisma yang paling ketara percanggahannya dengan nilai tamadun-tamadun lain adalah bahawa agama atau kepercayaan tidak diperlukan untuk kehidupan manusia.

Proses pembentukan sebuah sistem pentadbiran moden bermula dengan Perjanjian Pangkor, dan telah terus berkembang semenjak itu. Pengubah-suaian sistem-sistem tamadun Melayu dengan memasukkan komponen-komponen sistem pentadbiran British membentuk sebuah sistem baru yang akhirnya menggabungkan kedua-duanya sekali dengan menggunakan nilai-nilai teras tamadun Melayu. Terdapat banyak tolak-ansur untuk mendapatkan persetujuan daripada pihak-pihak yang terlibat.

Akhirnya persetujuan kewarganegaraan dalam perlembagaan menjadi satu kontrak sosial antara kerajaan persekutuan dengan rakyat. Orang-orang Melayu menjadi warganegara secara otomatik dan mereka berpayungkan kepada Raja-Raja Melayu.

Masyarakat bukan- Melayu menjadi warganegara dengan syarat-syarat bahawa mereka menerima kedaulatan 24 Raja-Raja Melayu, menerima Islam sebagai agama rasmi persekutuan, menerima Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, dan menerima kewujudan hak istimewa Orang- Orang Melayu. Lagu Negaraku juga menggunakan simbol-simbol yang datangnya dari tamadun Melayu.

Bendera Malaysia juga mencerminkan tamadun Melayu. Banyak penulisan-penulisan telah dibuat tentang bagaimana kemerdekaan ini dicapai. Tujuan penulisan ini bukannya untuk membincangkan dengan panjang lebar bagaimana proses mendapatkan persetujuan dari kerajaan Inggeris itu berjalan.

Perkara yang lebih penting untuk tujuan ini adalah bagaimana kesinambungan dari Tamadun Melayu ke Tamadun Malaysia diteruskan. Gabungan parti-parti ini berjaya menerajui Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya Persekutuan Malaysia dari waktu sebelum merdeka sehinggalah pada hari 25 ini.

Kejayaan gabungan ini bekerjasama melebihi 50 tahun adalah satu kejayaan yang berkait rapat dengan falsafah orang Melayu tentang tinggal sama dengan kumpulan- kumpulan etnik yang lain. Kerajaan yang dipimpin oleh Barisan Nasional pada masa sekarang ini merupakan satu kerajaan yang melakukan kerjasama serta bermesyuarah di antara parti-parti politik yang berlain. Pemikiran untuk bekerjasama ini adalah satu idea baru pada waktu itu dan mencerminkan falsafah kebudayaan Melayu yang mana sentiasa persetujuan dicapai melalui mesyuarah bersama.

Pemikiran ini menunjukkan bahawa kesinambungan Tamadun Melayu sehingga ke hari ini masih diteruskan. Negeri-negeri yang baru digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu pada satu masa dahulu merupakan tanah kerajaan-kerajaan Melayu Islam. Oleh kerana negeri-negeri ini telah dipisahkan daripada kerajaan-kerajaan Melayu Islam yang asal, mereka tidak mempunyai sultan atau raja sebagai ketua negeri. Sebaliknya seorang gabenor dilantik untuk mengambil alih tugas-tugas rasmi adat istiadat yang sepatutnya dimiliki oleh sultan atau raja.

Ciri Utama Struktur Kerajaan Malaysia Struktur kerajaan Malaysia yang diamalkan pada hari ini masih lagi mengekalkan ciri-ciri tertentu yang datangnya kerajaan-kerajaan Melayu Islam sebelum kedatangan Inggeris.

Walaubagaimanapun, struktur ini telah diubahsuai oleh pihak Inggeris apabila mereka campur tangan dalam hal-hal kerajaan-kerajaan Melayu. Pengubahsuaian- pengubahsuaian yang telah dilakukan itu dikekalkan pada peringkat negeri-negeri. Beliau mempunyai persamaan dengan sistem kerajaan Melayu Islam lama di mana, beliau mengambil tempat Sultan atau Raja. Ketua kerajaan juga dikenali dengan ketua eksekutif yang melaksanakan undang-undang dan pentadbiran negara adalah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Jawatan beliau mempunyai persamaan dengan jawatan Residen Inggeris pada masa kerajaan-kerajaan Melayu Islam ditadbir oleh pihak Inggeris.

KURGUSAL SOZLUK PDF

Bab 1 Konsep Tamadun Barat

.

HDR XR260V MANUAL PDF

Bab 3 Tamadun Melayu

.

FONDAMENTI DI ELETTRONICA STOREY PDF

.

Related Articles